#SaveGaza

Image Hosted by ImageTitan.com

miracle

Wednesday, May 11, 2011

Uji Tahap Soft Skill Anda bersama Adeq.

Idea: adeq                  Penulis: adeq


1.       Apakah perkara pertama yg anda lakukan sejurus ternampak seseorang yg anda kenali dan lebih tua dari anda walaupun beza  umur  setahun?

                   
a.      buat tak  tahu je

           b.      jeling dan berlalu pergi
           c.       salam dan bertanya khabar
           d.      bertegur tetapi biasanya tak salah

 2.       Sekiranya barang seseorang terjatuh,perkara yang spontan anda lakukan?

                                a.      tengok sahaja,bukan barang kita pun
          b.      memandang sinis sambil buat-buat tak  nampak
          c.       secara automatik membantu tanpa paksaan
          d.      tolong angkat barang tersebut dan cepat-cepat  beredar dari situ

3.       Anda sedang berjalan,tiba-tiba anda dilanggar di bahu oleh seseorang yang  tidak dikenali
hingga menyebabkan anda hendak terjatuh.Reaksi anda?
                             a.      terus berjalan macam takde apa-ape berlaku
    b.      terus maki orang tu depan-depan
    c.       Terkejut  tapi takde lah sampai nak maki,mungkin orang tu nak cepat
    d.      Rasa geram tapi sejuk kalau orang tu mintak maaf.

4.       Anda bergaduh teruk dengan seseorang,anda selesaikan dengan?
a.       online 24 jam atau main games biar lupa masalah
b.      tumbuk  kawan  anda sampai anda puas
c.       tenangkan diri,ambil masa muhasabah diri kemudian berbincang dengan baik
d.      nangis puas-puas

5.       Esok merupakan hari lahir sahabat baik anda,apakah yang akan anda lakukan?
a.       wish guna sms saje
b.      biarkan je,bukan berbaloi kalau sambut pun
c.       wish tepat pukul 12 & buat surprise party untuk dia
d.      wish kat facebook pun da cukup,asal dia tau kita ingat

6.       Bila seseorang  pinjam barang anda?

a.       bagi pinjam tapi tak ikhlas

b.      cakap je takde
c.       bagi dengan seikhlas hati,kalau kita bantu orang Allah bantu kita
d.      barang yang murah boleh la bagi pinjam,yang mahal takut rosak nanti


 7.    Apabila seseorang memuji kelebihan anda?


a.       senyum dengan bangga bagai tiada siapa dapt menandingi kelebihan anda

b.      dengan riak menceritakan kelebihan sendiri
c.       senyum sambil ucapkan terima kasih,segalanya hanya pinjaman sementara
d.      senyum tersipu-sipu




 8.       Anda dikehendaki hadir mesyuarat  penting,namun anda telah terlewat bangun kerana tidur lambat untuk menyiapkan kertas kerja.Apakah reaksi anda sewaktu itu?
                a.       sampai je terus bergegas masuk terus duduk di kerusi mesyuarat tanpa rasa bersalah
                b.      masuk bilik mesyuarat dengan muka masam membuatkan ahli mesyuarat rasa anda mmg  tiada soft skill
                c.      buka pintu bilik mesyuarat dengan cermat agar  tidak mengganggu perjalanan mesyuarat    tersebut sambil meminta maaf kepada ahli mesyuarat atas kelewatan anda
                d.     masuk ke bilik mesyuarat dengan senyap

 9.   Anda berbual dengan seseorang buat kali pertama. Panggilan anda kepada rakan baru anda?


                a.   kau
                b.      hei
                c.       awak
                d.      saudara/saudari

10.       Jika diberi pilihan markah untuk nilai soft skill anda?

         a.       10
         b.      30
         c.       50
         d.      70






Jawapan kepada kuiz uji  tahap soft skill anda:

Banyak A

Anda seorang yg memiliki soft skill yang lemah,ini kerana anda jenis tidak peduli hal sekeliling.Anda lebih suka melakukan aktiviti sendiri,anda rasa anda mampu teruskan hidup walaupun anda tinggal sendirian di dunia ini.Sifat ini perlulah di kikis demi mencapai peribadi yang lebih baik.Bergaullah dengan ramai orang bagi mengubah daya fikiran lama anda.Anda mampu melakukannya!

Banyak B

Anda perlu banyak muhasabah diri,nilai soft skill  terlalu cetek dalam diri anda.Anda banyak melalukan perkara tanpa berfikir panjang.Jangan risau masih ada peluang untuk anda berubah sedikit demi sedikit.Banyakkan bahan bacaan motivasi dan perlu tenang hadapi segala kemungkinan.

Banyak C

Nilai soft skill anda sangat tinggi,anda mampu bawa diri anda ke mana sahaja.Anda mudah berkawan dengan sesiapa sahaja kerana pertuturan anda yang teratur membuatkan ramai terpesona dengan kelebihan anda.Anda bijak mengawal situasi dalam apa sahaja keadaan,tapi ingat!tidak semua orang suka dengan kita,oleh itu anda perlulah sabar dengan setiap pancaroba dunia.

Banyak D

Soft skill dalam diri anda sudah ada,cuma masih belum cukup teguh.Anda perlu berani praktikkan lagi.Bagi mengenali diri anda,rajinlah bertanya rakan rapat anda atau ahli keluarga kekurangan anda yang perlu diperbaiki.Anda kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara,oleh itu anda hendaklah sentiasa percaya kepada keyakinan diri anda.Jangan rasa rendah diri,Semoga Berjaya!

 SELAMAT MENCUBA!!