Sepanjang aku bekerja di sana, pelbagai isu pekerjaan dapat aku lihat..terutama masalah berkaitan dengan lepasan fresh graduate yang sukar mendapat pekerjaan.. Ok, nasihat aku la pada yang masih hijau dalam meniti dunia kerjaya ni, anda seharusnya tidak terlalu memilih pekerjaan..Memang anda fikir buat apa belajar tinggi2 sampai ke luar negara bagai tapi kerja sebagai kerani contohnya. atau kerja kontrak sahaja... Jangan Sesekali Berfikiran Begitu!Bukan apa, tidak salah anda ingin bekerja sesuai dengan tahap pengajian masing2..Tetapi..Sedarlah bahawa anda tiada pengalaman..zaman sekarang majikan lebih memandang pada calon pekerja mereka yang sudah mahir atau berpengalaman selama beberapa tahun dalam tiap skop pekerjaan mereka..
Oleh itu..saya ada tips berguna untuk anda gunakan..
- Anda boleh meminta pekerjaan sesuai dengan bidang pengajian masing2 dengan bekerja part time dalam bidang jurusan anda semasa cuti semester..jadi masa yang terluang dapat diisi selain dapat update resume anda tentang pengalaman kerja anda.
- Resume perlulah ringkas tapi padat dengan maklumat diri yang mampu buat bakal majikan anda tertarik untuk mengambil anda bekerja.
- Perwatakan atau personaliti juga memainkan peranan penting ketika ditemuduga.Pastikan anda kelihatan berkeyakinan tetapi tidak over confident takut majikan merasakan anda seorang yang sukar dibawa berbincang.
Ilmu-ilmu ni semua aku dapat selama 6 bulan bekerja di JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia(JMC)..Ini sedikit ilmu yang dapat dikongsikan pada semua..InsyaAllah blog seterusnya.jika ada lagi maklumat tentang pekerjaan akanku post lagi..hehehe.rindu pulak pada staff2 JMC..
rindu korang sangat-sangat..
No comments:
Post a Comment