#SaveGaza

Image Hosted by ImageTitan.com

miracle

Saturday, August 4, 2012

Kegagalan & Batu Loncatan

success within my mind..

Hidup di dunia ibarat roda, sekarang mungkin di bawah, tapi jangan gusar kerana Tuhan tahu apa yang hambaNya tidak ketahui.Barangkali kejayaan yang lewat tiba memberi lebih kemanisan setelah pahit yang kita telan selama ini diterima dengan redha.Baru kusedar kini, dugaan dari Allah merupakan lambang kasih dan perhatianNya pada kita. Oleh itu,aku bersyukur ditimpa pelbagai dugaan, kerana dengan izin  Allah  pasti menambahkan nikmat bagi hambaNya yang bersyukur. Mengambil satu subjek dalam tempoh satu semester bukannya mudah.Tetapi berkat sokongan dan dorongan keluarga,para pensyarah dan rakan2 aku tebalkan muka kembali semula menamatkan pengajian yang tertangguh. 
Dulu, masa belajar, ramai kawan2 keliling aku, aku terlupa erti bersyukur.Lupa nak bertanya kawan2 pasal pelajaran.Ketika itu fikiran masih kurang matang. Namun, kini..bila kawan2 da nak grad,aku pula bertungkus-lumus menghabiskan sisa2 pelajaran.Tetapi aku bersyukur kerana hikmah daripada kegagalan sebelum ni,aku nampak hala tuju aku ke mana.Masuk salah bidang bukan alasan untuk aku tidak berjaya dalam bidang kerjaya.Dengan sokongan padu ibu ayah yang percaya pada tiap keputusan yang ku buat, akanku balas jasa mereka tidak lama lagi.Satu lagi pengajaran dalam hidupku ialah 'Kegagalan adalah batu loncatan kepada kejayaan akan datang'..
Bila aku rasa semangat ku menurun,sebaik2 tempat mengadu ialah pada Allah.Selain itu,aku akan cari  kata2 perangsang atau ayat motivasi tuk naikkan semangat dalam diri aku.Aku cekalkan hati untuk berjaya walaupun aku tau orang lain memandang rendah..Yang pasti, kita perlu bersusah2 dahulu..
Sekian,wassalam.

No comments: